Jaguh powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin, menepati ramalan apabila meraih pingat emas pada sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di Birmingham, pada Khamis<br /><br />Kejayaan jaguh dunia itu dalam kategori lightweight bawah 72 kilogram (kg), sekali gus menyaksikan Bonnie menyumbangkan pingat emas keempat kepada kontinjen negara pada sukan Komanwel kali ini.
